Piagam Sekolah
Kami warga SMKA Sibu dengan penuh tekad, iltizam dan jujur berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk: | |
1. |
Menjadikan SMKA Sibu sebagai institusi pendidikan yang terbaik berasaskan budaya Islam yang mementingkan budaya ilmu dan kecemerlangan bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara. |
2. |
Memastikan semua pelajar sekolah ini dapat belajar sepanjang masa dengan lancar, berkesan dan bermutu. |
3. |
Mewujudkan jentera dan sistem pentadbiran sekolah yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan kepada pembaharuan yang berterusan. |
4. |
Menguruskan kerja dengan cekap, pantas dan bijaksana. |
5. |
Membimbing pelajar membentuk sahsiah yang mulia dan terpuji melalui pemupukan penghayatan dan amalan nilai-nilai murni tanpa kecacatan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Islam. |
6. |
Memberikan perkhidmatan dan pendidikan terbaik kepada semua pelajar agar menjadi insan berilmu, soleh, berfikiran matang, berdaya juang, berakhlak mulia, produktif, inovatif dan berketrampilan menjurus ke arah pengisian matlamat wawasan negara. |
7. |
Mendidik pelajar supaya sentiasa mengamalkan ajaran Islam berpandukan iman, ilmu dan amal. |
8. |
Membimbing pelajar ke arah mencapai kecemerlangan akademik, kokurikulum, akhlak dan kepimpinan serta keagamaan. |
9. |
Mempastikan semua urusan dalaman dan luaran yang berkaitan dengan PPB, JPN dan Kementerian serta ibu bapa dan guru-guru akan disiapkan tanpa cacat dan dihantar sebelum tempoh tarikh akhir tamat. |
10. |
Semua ibu bapa atau penjaga dan tetamu sekolah akan diberikan layanan berbudi bahasa, segera dan mesra. |
11. |
Mewujudkan iklim sekolah yang bersih, ceria, indah, menarik dan harmoni sesuai dengan slogan Sekolahku Rumahku, Rumahku Syurgaku. |
Kami warga SMKA Sibu bersedia dan akan menerima serta menimbangkan apa jua yang dikemukakan kepada kami berkaitan dengan pelaksanaan piagam pelanggan ini. |