SMK AGAMA SIBU 2008

Kerohanian


Pengenalan
Jawatankuasa Penyeliaan dan Takmir Masjid, Masjid Al-Huda adalah sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh pihak pentadbiran sekolah SMK Agama Sibu. Jawatankuasa ini diletakkan di bawah pengurusan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM). Ahli Jawatankuasa Penyeliaan dan Takmir Masjid ini terdiri daripada semua guru agama dan bahasa arab, wakil guru akademik, ketua pelajar, penolong ketua pelajar, serta AJK Badan Dakwah & Rohani (BADAR).
.

Visi
Mengimarahkan masjid sebagai pusat perkembangan dan pembudayaan ilmu Islam di kalangan warga SEMEKAS ke arah kecemerlangan dan kegemilangan hidup di dunia dan akhirat.
.

Misi
Membangunkan peribadatan Islam yang berkualiti ke arah menjadikan pelajar sebagai insan berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia.
.

Tema
Kemuafakatan Pada Jalan Allah Tunggak Al-Fallah
.

Objektif Penubuhan
1.
Mengatur dan menyelia aktiviti keagamaan yang dijalankan di Masjid Al-Huda.
2.
Melatih dan membiasakan pelajar solat berjemaah di masjid.
3.
Mentarbiah dan membimbing jamaher asrama menjadi imam solat serta bilal.
4.
Membentuk keperibadian pelajar serta para jamaher melalui program seperti ceramah, kuliah maghrib, khutbah jumaat dan sebagainya.
.

Jawatankuasa Penyeliaan Dan Takmir Masjid 2008
Penasihat
Pengetua
Pengerusi
Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi 1
Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 2
Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha
Ustaz Mohd Nazri Bin Ismail
Bendahari
Ustazah Juriffah Binti Jop
Ahli Jawatankuasa :
Semua Guru Pendidikan Islam & Bahasa Arab
  En Yaakub bin Ismail
  Cik Rokiah binti Mantali
.

Manual Tugas
JK HARI KEBESARAN ISLAM
1
Merancang dan melaksanakan program hari kebesaran Islam (sambutan Hari Raya Korban, sambutan Maal Hijrah dsb)
2
Mengadakan taklimat ringkas tentang perancangan perlaksanaan program kepada ahli-ahli JKP Masjid.
3
Mengurus dan mengumpul dana kewangan berkaitan program yang dijalankan.
.
JK KECERIAAN MASJID
1
Mengurus dan memantau aktiviti keceriaan masjid di bawah Lajnah Keceriaan & Kebersihan BADAR.
2
Mengemas dan menyusun atur barang-barang serta peralatan yang terdapat di dalam masjid.
3
Menghias papan kenyataan serta kawasan dalam masjid dan persekitarannya.
4
Memastikan kebersihan dan keceriaan masjid dijaga dengan sempurna.
5
Mengadakan aktiviti gotong-royong di masjid.
6
Memastikan masjid tidak disalahguna.
.
JK KEROHANIAN & TARBIAH
1
Mengatur dan menyusun jadual usrah (usrah Nuqaba', usrah Puteri)
2
Mengurus jadual dan aktiviti mentor-mentee
3
Mengenalpasti pelajar-pelajar yang berkelayakan untuk dilantik sebagai naqib dan naqibah.
4
Menyelia dan menjemput penceramah luar.
.
JK DOKUMENTASI & FOTOGRAFI
1
Menyelia tugas dan aktiviti Lajnah Penerbitan BADAR.
2
Membuat dokumentasi bagi setiap program yang dilaksanakan.
3
Menerbitkan buletin bulanan dan mengedarkan risalah-risalah semasa.
4
Mengemaskini informasi bahan-bahan bacaan di papan kenyataan.
.
JK RENCAM / TUGAS_TUGAS KHAS
1
Memantau gerak kerja Lajnah Kebajikan dan Lajnah TTK di bawah BADAR.
2
Memberi kerjasama kepada Jawatankuasa Masjid yang memerlukan bantuan.
3
Menguruskan pembangunan fizikal Masjid Al-Huda.
4
Menguruskan kutipan infak, tabung masjid dan derma.
5
Menjaga kebajikan pelajar dan prihatin dengan masalah mereka.
6
Menyelia peralatan P.A. System untuk sebarang aktiviti masjid.
7
Menyediakan tempat untuk penceramah, forum, tilawah dsb.
.
JK BADAN DAKWAH & ROHANI (BADAR)
1
Menjadi penasihat dan pengelola terhadap aktiviti dan ahli-ahli BADAR sekolah.
2
Menaungi setiap aktiviti dan program di bawah JKP Masjid yang memerlukan penglibatan pelajar.
3
Mengurus dan mengendalikan aktiviti lajnah-lajnah BADAR.
4
Menyelia dan memantau aktiviti dan ahli-ahli BADAR di bawah Lajnah Usrah & Tamrin, Lajnah Kerohanian, Lajnah Taamir Masjid.
5
Memastikan perjalanan usrah dan aktiviti kerohanian berjalan lancar.
6
Mengadakan programkerohanian seperti qiamullail, majlis ilmu, tamrin dsb.
7
Mengenalpasti pelajar-pelajar yang berkelayakan untuk dilantik sebagai naqib dan naqibah.
.
.
Jadual Agihan Tugas
BIL
JK MASJID
LAJNAH BADAR
1
JK HARI KEBESARAN ISLAM
SEMUA AHLI BADAR
2
JK KECERIAAN MASJID
LAJNAH KECERIAAN & KEBERSIHAN
3
JK KEROHANIAN & TARBIAH
LAJNAH USRAH & TAMRIN
LAJNAH KEROHANIAN
LAJNAH TAAMIR MASJID
4
JK DOKUMENTASI & FOTOGRAFI
LAJNAH PENERBITAN
5
JK RENCAM / TUGAS-TUGAS KHAS
LAJNAH KEBAJIKAN & KEMANUSIAAN
LAJNAH TUGAS-TUGAS KHAS (TTK)
6
JK BADAN DAKWAH & ROHANI (BADAR)
SEMUA AHLI BADAR
.


Penafian : SMK Agama Sibu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan
yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.



Himpunan Laman & Portal Sekolah-Sekolah Malaysia