SMK AGAMA SIBU 2008

Matlamat dan Falsafah

 
 
MATLAMAT SEKOLAH 2008
 
1. SMK Agama Sibu berhasrat untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik, sukan, kokurikulum dan sahsiah diri selaras dengan cogan kata "Maju Kehadapan Berjuang Menuju Wawasan" dan melahirkan insan yang kamil serta seimbang.
 
2. Mendidik pelajar dengan keperibadian Islam supaya menjadi orang yang berilmu, beriman, beramal dengan ajaran Islam, berakhlak mulia dan mampu menghadapi pelbagai cabaran yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam.
 
 
 
 
FALSAFAH SEKOLAH 2008
 
Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan panduan ilmu, iman dan amal soleh serta budaya Islam dan suasana pembelajaran yang sempurna ke arah melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertaqwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup Islam serta mampu memberi sumbangan yang bermanfaat kepada agama, diri, ummah dan negara.


Penafian : SMK Agama Sibu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan
yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.



Himpunan Laman & Portal Sekolah-Sekolah Malaysia