SISTEM
MERIT DIMERIT 2007
 
1. Pengenalan Dan Konsep
                 
-Telah dipraktikkan di SMK Agama Sibu mulai tahun 2002.
-Pelajar dinilai dan diberi markah oleh guru berdasarkan perlakuannya semasa di sekolah.
-Pelajar diberi markah merit jika berkelakuan positif dan demerit jika sebaliknya.
-Rekod pelajar dicatatkan dan dibawa markahnya dari dia mula bersekolah di sekolah ini sehinggalah dia meninggalkan sekolah ini dan keputusannya akan dicatatkan dalam Sijil Akuan Pelajar berdasarkan penggredan ini.

 

Mata Merit
Pungutan Mata
Mata Demerit
A
200 ke atas
D
B
100 - 199
C
C
50 - 99
B
D
0 - 49
A
.
2. Rasional dan Kebaikan
                 
-Dapat melihat rekod disiplin pelajar walaupun tidak menggambarkan personaliti pelajar tersebut secara total dan tepat.
-Rekod tersebut dapat digunakan pihak sekolah sekurang -kurangnya sebagai asas untuk menentukan sama ada pelajar perlu diberi kaunseling, motivasi, pengkayaan dan sebagainya.
-Dapat digunakan sebagai rujukan apabila guru berhadapan dengan ibu bapa atau penjaga. Apa yang berlaku, tarikh kejadian, tandatangan guru dan pelajar semuanya tercatat di dalam kad tersebut.
-Pelajar lebih berdisiplin apabila menyedari tindakan yang sewajarnya akan diambil ke atas mereka oleh pihak sekolah.
-Pelajar lebih bersemangat untuk melakukan perkara-perkara yang positif kerana akan diberi ganjaran yang setimpal.
-Pelajar akan lebih peka terhadap persekitarannya dan berusaha untuk mengadaptasikan diri secara positif sama ada di dalam kelas ataupun di sekitar kawasan
.
3. Pelaksanaan
                 
a. Penyediaan Fail Disiplin Pelajar
Semua pelajar akan disediakan kad merit demerit dan semua maklumat penting perlu diisi oleh pelajar sendiri.Kad tersebut akan disimpan di dalam satu fail mengikut kelas dan akan disimpan di bilik disiplin.Semua maklumat disiplin pelajar adalah rahsia.
b. Kuasa menentukan mata merit demerit
-Semua Guru SMK Agama Sibu diberi kuasa memberikan mata merit demerit kepada pelajar.Walaubagaimanapun, dalam kes serius, ia perlu dirujuk terus kepada Lembaga Akhlak dan Disiplin untuk pemberian mata dan tindakan susulan. Bagi mata demerit pelajar yang memerlukan tindakan, guru perlu melaporkan kepada Lembaga Akhlak dan Disiplin untuk tindakan lanjut termasuk makluman kepada ibubapa penjaga, gantung dan sebagainya.
-Tindakan yang diambil tidak semestinya mengikut kriteria yang ditetapkan. Ada kalanya budi bicara pihak sekolah digunakan.
c. Cara perlaksanaan
-Guru yang mengesan salah laku pelajar perlu sagera melapor kepada guru tingkatan atau membawa sendiri pelajar ke bilik disiplin. Fail pelajar akan dibuka dan guru dikehendaki mengisi butiran yang diperlukan termasuk menurunkan tandatangan guru dan pelajar. Mata demerit akan diberikan berdasarkan kod tatacara tindakan yang ditetapkan oleh Lembaga Akhlak dan Disiplin.
-Pelajar boleh mengurangkan mata demerit dengan melakukan kerja amal dan markah bonus oleh guru.Bagi kerja amal,guru mengawas akan menilai prestasi kerja dan menentukan mata merit yang wajar diberikan berdasarkan panduan mata merit yang disediakan oleh Lembaga Akhlak dan Disiplin.
-Mata merit yang dikumpul oleh pelajar akan dirujuk semula bagi pemberian mata di dalam Sistem Ganjaran dan Anugerah yang mula dilaksanakan pada Jun 2003.(Sila rujuk perlaksanaan SGA)
-Mana -mana pelajar yang telah mengumpul sebanyak 150 demerit akan dikeluarkan dari asrama sekolah dan menjadi pelajar harian biasa.
-Pihak sekolah boleh atas pertimbangan dan budi bicaranya memberi kuasa kepada pengawas-pengawas sekolah untuk memberi merit dan demerit tidak melebihi 5 mata bagi setiap kes dan direkodkan.
.
4. Kod Tatacara Tindakan
                 
Kod
Tindakan
01
Amaran pertama
01A
Ibubapa dipanggil
02
Amaran kedua
03
Mata demerit
04
Satu rotan + mata demerit
05
Dua rotan + mata demerit
06
Tiga rotan + mata demerit
08
Kerja amal atau mata demerit
09
Dihantar untuk sesi kaunseling
10
Surat amaran pertama kepada ibubapa / penjaga ,jika telah mengutip 30 atau lebih mata demerit.
11
Surat amaran kedua kepada ibubapa / penjaga digalak untuk datang berbincang dengan guru / pihak pentadbiran sekolah tentang perihal salah laku anak (mata demerit terkumpul 30-45)
12
Surat amaran ketiga dan ibubapa / penjaga dipanggil berjumpa dengan pihak pentadbiran sekolah jika pelajar telah mengutip 70 atau lebih mata demerit
13
Surat dihantar kepada ibubapa / penjaga jika anak mereka telah mengutip 85 mata atau lebih mata demerit.Ibubapa / penjaga perlu menandatangani Surat Perjanjian Berkelakuan Baik dengan pihak sekolah.Pelajar akan digantung persekolahan selama satu minggu.
14
Ibubapa / penjaga dipanggil lagi jika anak mereka telah mengutip 100 atau lebih mata demerit.Tindakan-tindakan berikut boleh diambil terhadap pelajar dan bergantung kepada keseriusan kesalahan pelajar. Pelajar digantung persekolahan selama dua minggu dan Buang asrama Samada Diberi peluang kali kedua dengan syarat-syarat yang lebih ketat,termasuk menandatangani Surat Perjanjian Berkelakuan Baik kali kedua dan terakhir serta dua rotan.
14A
Jika masih melanggar disiplin sekolah,pelajar dan ibubapa / penjaga telah dimaklumkan untuk berhenti sekolah secara sukarela dan mengambil Sijil Berhenti Sekolah.
14B
Surat Pertuduhan akan dihantar kepada ibubapa / penjaga setelah mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Peringkat Sekolah diadakan.Pelajar berkenaan diberi tempoh 14 hari unmtuk menjawab surat pertuduhan tersebut.Sekiranya gagal menghantar jawapan dalam tempoh masa yang ditetapkan,pelajar berkenaan dianggap tidak mahu membela diri dan kesnya akan dipertimbangkan berasaskan kepada keterangan yang ada pada Jawatankuasa Disiplinb Pelajar Sekolah
14C
ATAU setelah menerima jawapan kepada Surat Pertuduhan Jawatankuasa Disiplin akan mengadakan mesyuarat untuk meneliti segala butir jawapan samada menerima atau nmenolak rayuan pelajar. Jika jawapan atau alasan terhadap setiap pertuduhan adalah munasabah dan relevan ,ahli Jawatankuasa Disiplin Sekolah akan mencadangkan tindakan lain yang sesuai dan wajar. Jika pelajar gagal memberikan jawapan dan alasan yang munasabah,kes pelajar akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Disiplin Peringkat Bahagian dengan cadangan buang sekolah.
15
Dirujuk terus kepada pihak sekolah
16
Dirujuk terus kepada Jawatankuasa Pelajar Peringkat Bahagian Kuching (JKDPB) dan digantung selama dua minggu persekolahan atau sehingga menerima keputusan daripad JKDPB
17
Dirujuk terus kepada Jawatankuasa Pelajar Peringkat Negeri (JKDPN) / Pengarah Pendidikan Sarawak dan digantung selama dua minggu persekolahan atau sehingga menerima keputusan daripada JKDPN
18
Tertakluk kepada keputusan-keputusan lain yang di luar daripada tindakan-tindakan di atas
19
Ganti rugi
20
Tidak dibenarkan memandu kereta ke sekolah
21
Alat yang tidak dibenarkan dibawa ke sekolah akan dirampas dan tidak dikembalikan
.
5. Tindakan Ikut Pungutan Mata
                 
30 mata demerit - Amaran pertama
45 mata demerit - Amaran kedua. Ibubapa/penjaga digalak ke sekolah berbincang.
70 mata demerit - Amaran ketiga. Ibubapa/penjaga dipanggil ke sekolah berbincang. Digantung persekolahan selama 14 hari.
75 mata demerit - Surat kepada ibubapa/penjaga. Ibubapa menandatangani surat berkelakuan baik.
100 mata demerit - Ibubapa/penjaga dipanggil ke sekolah. Dikenakan tindakan atau diberi peluang kali kedua dengan syarat lebih ketat termasuk menandatangani surat perjanjian berkelakuan baik kali kedua dan terakhir serta 2 rotan. Direhatkan persekolahan dan buang asrama.
.
Sekiranya pelajar masih melanggar disiplin sekolah, tindakan berikut akan diambil:
1. Surat pertuduhan akan dihantar kepada ibubapa/penjaga setelah mesyuarat jawatankuasa disiplin sekolah diadakan.
2. Pelajar diberi tempoh 14 hari menjawab dan sekiranya gagal menghantar jawapan dan tempoh tersebut, pelajar dianggap tidak mahu membela diri dan kesnya akan dipertimbangkan berasaskan keterangan yang ada pada Jawatankuasa Disiplin Sekolah.
atau
3. Setelah menerima jawapan pertuduhan, Jawatankuasa Disiplin Sekolah akan meneliti segala butiran jawapan samada menerima atau menolak rayuan.
4. Jika alasan relevan, tindakan lain akan dicadangkan.
5. Jika tidak, kes tersebut akan dibawa ke Jabatan Pendidikan Bahagian dengan cadangan buang sekolah.
.
Kes-kes rayuan /Kes khas
Bagi kes-kes rayuan / kes khas pihak pentadbir kita: Pengetua, Penolong Kanan Satu, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Kaunselor pelajar dan AJK Lembaga Disiplin adalah panel yang akan mengendalikan kes rayuan.
.
6. Kesalahan dan Mata Demerit
                 

KOD

JENIS KESALAHAN PELAJAR

MATA DEMERIT

PERINGKAT DAN JENIS TINDAKAN

1




111

112











113

 

 

 

 

 






114


















115

116

117


118

119

120

121

















122


123

124


125

126

127

128

Tingkahlaku Serius/ Jenayah

(Dirujuk terus kepada Pengarah Pendidikan Negeri dengan saranan hukuman buang sekolah)

Berjudi (Pekeliling Ikhtisas Bil 11/1976)

Mencuri

Yang melibatkan hasil curian sebanyak;

(A)RM 0 hingga RM10 =50 mata

(B)RM 11hingga RM 30 =70 mata

(C)RM 31 hingga RM100=100 mata

(D)RM 101 ke atas =130 mata

Melawan/mengancam/memukul/mencederakan guru ( Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1998)

(A)Melawan guru dengan tuturkata yang kesat/lucah /menghina =100

(B)Melawan guru dengan perlakuan /perbuatan fizikal hingga berlaku pergelutan fizikal=100

(C )Mengancam guru dengan cara lisan =100

(D)Memukul guru sehingga menyebabkan kesakitan /kecederaan fizikal =200+(laporan polis)

(E)Mencederakan guru =200+(laporan polis)

Melawan/mengancam/memukul/mencederakan pengawas

(A)Melawan pengawas dengan tuturkata yang kesat/lucah /menghina =100

(B)Melawan pengawas dengan perlakuan /perbuatan fizikal hingga berlaku pergelutan fizikal=100

(C )Mengancam pengawas dengan cara lisan=100

(D)Memukul pengawas sehingga menyebabkan kesakitan /kecederaan fizikal =200+(laporan polis)

(E)Mencederakan pengawas =200+(laporan polis)

Memeras ugut

Membuli/ragging

Menganggotai kumpulan haram/kongsi gelap / Gangsterisme

Menyalahgunakan dadah

Membawa senjata merbahaya

Mencabul kehormatan

Mengancam/memukul/mencederakan pelajar lain

(A)Melawan pelajar dengan tuturkata yang kesat/lucah /menghina =100

(B)Melawan pelajar dengan perlakuan /perbuatan fizikal hingga berlaku pergelutan fizikal=100

(C )Mengancam pelajar dengan cara lisan=100

(D)Memukul pelajar sehingga menyebabkan kesakitan /kecederaan fizikal =200+(laporan polis)

(E)Mencederakan pelajar =200+(laporan polis)

Menceroboh bilik khas/kedai koperasi/pejabat sekolah/asrama

Mengedar dadah

Menunjuk perasaan/berpiket/ mengganggu sekolah/ merusuh

Bertaruh secara besar-besaran

Kes bunuh

Menganjur dan menjual loteri/VCD di sekolah

Menghisap @ menggunakan dadah dan inhalan untuk tujuan mengkhayalkan






100

100

 

 

 

 

100


















100


















100

100


100

100

100

100

100

















100


100

100


100

100

100

100






06/09/13

 

 

 

 

 

12/14/15


















12/14/16/17


















12/14/16/17

12/14/16/17


12/14/16/17

14/15/16/17

12/14/16/17

14/16/17

12/14/16/17

















12/14/16/17


14/16/17

14/16/17


14/16/17

14/15/16/17

14/15/16/17

 

2

221

222

223

 

224

 

225

 

226

 

227

228

229

230

231


232

Tingkahlaku Lucah

Bercumbu –cumbuan

Berkhalwat

Membawa bahan-bahan lucah ke sekolah

 

Mengintai murid-murid perempuan/lelaki/guru

 

Menggunakan kata-kata dan perbuatan lucah @ gangguan seksual


Melukis dan menulis kata-kata dan gambar lucah




Berdua-duaan yang mencurigakan

Meliwat

Melakukan hubungan jenis

Homoseksual

Lesbian

Membawa masuk tetamu dan orang luar tanpa kebenaran pengetua, waden bertugas dan guru bertugas)

 

50

100

50

 

50

 

50

 

50

 

50

100

100

100

100

100

 

05/09/12

06/09/12

Lelaki:05/11

Perempuan:08/11

Lelaki:05/11

Perempuan:08/11

Lelaki:05/12

Perempuan:08/11

Lelaki:05/11

Perempuan:08/11

05/12

14/16/17

14/16/17

14/16/17

14/16/17

3

331



332

333

334

 

 

 

 

 





335






336

337


338


339

340

342

343


344


345

346

347

348




349

Kekemasan Diri ( Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1992)

Berambut panjang/fesyen rambut keterlaluan dan bertentangan dengan peraturan sekolah/ berwarna /rambut “punk”

Berkuku panjang/berwarna

Bermisai/berjanggut

Memakai pakaian tidak mengikut peraturan sekolah termasuk GERKO

tudung tidak sesuai/ berkilat/ renda/ sulaman

Baju kurung tidak berbutang

Tidak berbaju kurung(pesak)

Tidak memakai stoking

Baju dalam berwarna-warni

Tidak memakai pakaian solat yang lengkap

Memakai barang-barang perhiasan yang dilarang ke sekolah(gelang,cincin dsbnya)





Tidak menggunakan kasut yang dibenarkan

Tidak menggunakan butang dengan betul/terlalu besar

Memakai tali pinggang yang tidak sesuai/kepala tali pinggang besar

Memakai stoking selain daripada warna putih

Memakai baju panas/sejuk yang dilarang

Tidak memakai pakaian PJK ketika kelas PJK

Membotakkan kepala bukan atas sebab kesihatan/bertopi

Tidak memakai tudung dengan betul
(pelajar perempuan Islam sahaja)

Memakai lensa berwarna-warni

Tidak memakai lencana / kad pelajar

Keluar kelas tidak bersongkok

Memakai / menyimpan pakaian ala “Jeans”/seumpamanya

Pakaian balik bermalam / ke Bandar tidak lengkap

Menggunakan alat-alat mekap @ bersolek

 


20



10

10

 


10

10

10

10

10

10

10

 




10

10


10


10

10

10

50


10


10

10

10

10


10

10

 


03 / Dipotong oleh guru tingkatan (Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1976)
03

03





03

03

03

03

03

03

03/21
03 (Jika sebab tertentu, perlu meminta kebenaran PK HEM/Guru Disiplin)

01/02/03

01/02/03


01/02/03


03

03

03/12

01/02/03


01/02/03


03

01/02/03

03

03

4

441

442

443

444

445

446

447


448

449

450


451

 

Tingkahlaku Tidak Mementingkan Masa

Berkeliaran di kawasan sekolah

Datang lewat ke sekolah

Lewat ke perhimpunan

Makan di kantin di luar masa rehat

Lewat pulang ke asrama

Lewat kembali ke kelas

Berkeliaran di koridor / tangga / pintu kelas semasa pertukaran waktu

Keluar kelas tanpa kebenaran

Masuk ke asrama pada waktu terlarang

Keluar ke tandas berkumpulan
(melebihi seorang)

Bergurau, berbual,membaca, menggunakan telefon bimbit, membuat bising dan menganggu ketenteraman para jemaah lain di masjid sekolah
( Pekeliling ikhtisas Bil 2/1991)

 

20

20

20

20

20

10

10


10

30

10


20

 

 

01/02/03

01/02/03

01/02/03

03

03

01/02/03

01/02/03


03

5

551

552

553

554

555


556

 

 

 

 

 

 

557


558

559

560

561


562

563

Tingkahlaku Kurang Sopan dan Biadab

Berkelakuan kasar terhadap guru

Berkelakuan kasar terhadap pengawas

Berkelakuan kasar terhadap murid

Berbahasa kesat

Menyimpan rokok/memiliki rokok/bahan tembakau

Menghisap rokok

 

 

 

 

 

 

Mengganggu pengajaran dan pembelajaran
( P & P )

Tidak menghormati guru

Tidak menghormati pengawas

Meminum minuman yang memabukkan

Bising di dalam kelas semasa P&P/semasa perhimpunan/semasa pertukaran kelas

Menjual rokok/bahan tembakau

Melawan arahan lisan/bertulis daripada guru

 

100

50

30

30

100


100

 

 

 

 

 

 

30


50

30

100

10


100

50

 

04/10

04/10

04/10

04/10

06/12


(Pekeliling Ikhtisas 4/97)

Pertama:Rotan 1 kali

Kedua:Rotan 2 kali

Ketiga:Rotan 3 kali

Keempat:Gantung sekolah (tidak lebih 14 hari)

Kelima:Buang sekolah

 




01/03

01/03


05/12

04/14

6

661

662


663


664

665

666

667


668


669

670

671

Tingkahlaku musnah/merbahaya

Merosakkan harta benda sekolah

Merosakkan harta benda pengetua/guru/ kakitangan sekolah

Merosakkan harta benda kantin sekolah/ koperasi sekolah

Merosakkan harta benda pelajar

Merosakkan harta benda asrama

Merosakkan pagar sekolah

Merosakkan kemudahan sukan sekolah dengan sengaja

Memandu kenderaan secara merbahaya/ membunyikan hon dalam kawasan sekolah

Bermain bahan berbahaya dalam makmal

Bermain mercun atau menyimpan mercun

Membuat sambungan wayar elektrik secara haram di kawasan sekolah

 

50

100


100


50

100

100

100


100


40

100

100

 

04/10/19

04/12/15


04/10/14


04/05/06

04/10/19

05/10/19

04/12/19

05/10(Tidak dibenarkan memandu di kawasan sekolah)

05/10

05/12/14

04/12/15

7

771

772

773

774


775


776

777

Tingkahlaku Tidak Jujur/Menipu

Menipu yang melibatkan wang

Menipu yang melibatkan kepercayaan

Tidak membuat latihan dalam kelas/ di rumah

Meniru/cuba menolong rakan meniru dalam peperiksaan/ujian sekolah

Memalsukan tandatangan pelajar lain/ibubapa/ penjaga/guru

Bercakap bohong/berbohong/menipu

Menggunakan nama pengetua/guru/pengawal/ sekolah/institusi lain bagi tujuan tidak baikuntuk kepentingan diri

 

50

30

30

50


100


20

100

 

04/09/10

01/02/03/10

04/09/10

04/09/10
(markah ujian/pepriksaan)
04/09/10


04/09/10

05/09/10

8

881

882

883

884

885

886

887

888

889

890

891

892

893

894

895

Ponteng

Ponteng kelas

Ponteng sekolah

Ponteng perhimpunan

Ponteng kegiatan luar bilik darjah/ko-kurikulum

Ponteng ujian

Ponteng peperiksaan

Ponteng kelas tambahan

Ponteng PAFA

Ponteng amali

Ponteng aktiviti kelas/prep

Ponteng satu waktu solat fardu

Ponteng solat Jumaat

Ponteng aktiviti masjid

Ponteng kerja amal sekolah

Ponteng Asrama

 

20

50

20

50

50

50

50

50

50

50

50

50

50

50

50




.





.

9

991

992

Tingkah laku Mengotori Sekolah

Membuang sampah sembarangan

Menconteng meja/dinding kelas/dewan/tandas/ perpustakaan/buku perpustakaan/buku teks dll.

 

10

50

 

08/04

03/04/19

10


1001

1002

1003

1004

1005

1006

1007

1008

 

1009

 

Tingkah laku Membawa Peralatan Elektronik

Membawa radio/pita kaset/walkman

Membawa piring VCD/pita video/tapes

Membawa “walkie-talkie”

Membawa “water-heater”

Membawa senjata mainan

Membawa mainan “pet-lover”

Membawa sebarang jenis permainan judi ke sekolah

Menggunakan telefon bimbit waktu persekolahan dan aktiviti rasmi persekolahan (Pekeliling Ikhtisas Bil 1/2006)

Membawa telefon bimbit ke sekolah semasa waktu persekolahan atau aktiviti rasmi persekolahan (Pekeliling Iktisas Bil 1/2006)

 


20

20

30

30

20

30

50


50



50

 

 


Pertama:03/10

Kedua:04/12

Ketiga:06/13/21

-sda-

-sda-

-sad-

-sda-


-sda-



-sda-

11


1101

1102

1103

1104

1105

Tingkah laku Membawa “Stationary” Yang Dilarang

Membawa dan menggunakan “liquid paper”

Pisau pemotong tajam

Gunting besar yang tajam tanpa izin guru

Pembaris besi tanpa izin guru

“key-chain” yang merbahaya cth: laser beam

 


10

20

20

20

20

 


01/21

03/21

01/21

03/21

01/21

12


1201

1202


1203


1204


1205


1206

1207

1208

Salah laku serius (dirujuk terus kepada Pengarah Pendidikan Negeri dengan saranan buang sekolah)

Menyertai pertandingan ratu cantik

Membuat kenyataan akhbar tanpa kebenaran bertulis pengetua/Pengarah Pendidikan

Mencetak apa-apa bahan bercetak tanpa kebenaran bertulis pengetua/Pengarah Pendidikan

Melawat negara asing tanpa kebenaran bertulis pengetua/Pengarah Pendidikan atas nama sekolah

Terlibat dalam kegiatan politik/mengedar risalah politik di sekolah

Membakar kelas/harta benda sekolah

Mengeluarkan kenyataan perkauman

Menghina bangsa/agama orang lain/mencerca




100

100


100


100


100


100

100

100




14/16/17

14/16/17


14/16/17


14/16/17


14/16/17


14/15

14/16/17

14/16/17

13

1301

1302

1303


1304

1305


1306


1307


1308

1309



1310


1311

Hal-hal lain

Keluar sekolah/asrama tanpa kebenaran

Berada dalam kelas pada waktu rehat

Membawa dan bermain mercun dalam kelas/ tandas/kawasan sekolah

Bermain api dalam kelas

Membawa dan bermain kasut beroda /skate board dalam kawasan sekolah

Membeli makanan dan minuman di luar waktu rehat

Membawa majalah /buku cerita selain buku yang dibenarkan

Balik bermalam tanpa kebenaran

Mengganggu ketenteraman penghuni asrama dan orang lain seperti bising,meraung-raung dan lain-lain

Tidak mendapatkan tandatangan ibubapa/ penjaga semasa balik bermalam

Menggunakan telefon awam sebelum jam 0430 petang pada hari biasa (isnin-jumaat )

 

100

10

100


100

30


10


10


50

50



10


10

 

 

01/03

01/03

05/12/15/17


12/14/16

01/03/21


01/03


01/03/21


01/03

03



03

 
7. Mata Demerit Bagi Ponteng SMK Agama Sibu
                 
Ponteng Sekolah ditakrifkan sebagai tidak hadir ke kelas sepanjang waktu persekolahan biasa berturut –turut tanpa sebarang sebab atau tanpa surat pengesahan dari doktor atau ibubapa /penjaga.Tindakan yang diambil adalah seperti berikut:

Bil.

Bil. Hari Ponteng

Mata Demerit

Tindakan

1

3

30

Amaran/nasihat dan kerja amal

2

4-5

40-50

Ibubapa/penjaga dipanggil dan pelajar dikenakan sekali rotan

3

6-7

60-70

Ibubapa dipanggil dan pelajar membuat perjanjian dan dirotan 2 kali

4

8-10

80-100

Ibubapa dipanggil, perjanjian akhir, amaran keras dibuat dan digantung sekolah serta dibuang asrama

5

11 Ke atas

Melebihi 100

Dicadangkan untuk dibuang sekolah

 
8. Aturcara Tindakan Disiplin (Pindaan)
                 

1. Sistem demerit yang dikenakan ke atas pelajar yang melanggar peraturan sekolah masih berkuatkuasa termasuk tindakan disiplin yang ditetapkan contohnya untuk kes-kes berat, merokok, membuli, ponteng kelas, mencuri, melawan guru. (Rujuk Buku Peraturan Sistem Demerit)
2. Semua kes disiplin, masalah-masalah di asrama atau di sekolah yang dialami oleh pelajar mestilah dirujuk terlebih dahulu kepada kaunselor sekolah untuk penyiasatan dan menentukan punca sesuatu masalah.
3. Terpulang kepada kaunselor sekolah untuk menentukan sama ada seorang pelajar itu perlu dikenakan tindakan disiplin atau tidak
4. Sekiranya kaunselor mendapati masalah pelajar ini boleh diatasi dengan mengadakan kaunseling individu berterusan, kaunselor mestikan mengaturkan jadual perjumpaan dan pemantauan untuk pelajar ini.
5. Sekiranya kaunselor berpendapat seorang pelajar ini perlu diambil tindakan disiplin, pelajar ini akan dihantar ke lembaga disiplin untuk diambil tindakan bersesuaian dengan kesalahan dilakukan.
6. Pendek kata, tugas kaunselor ialah menyiasat punca masalah dan tugas lembaga disiplin mengambil tindakan disiplin berdasarkan laporan kaunselor. Ini untuk mengurangkan beban guru disipilin yang didapati mengambil masa yang lama untuk menjalankan penyiasatan sehingga terpaksa meninggalkan kelas sedangkan tugas penyiasatan dan menentukan punca masalah ialah tugas kaunselor sekolah.
7. Justeru itu, hanya untuk kes-kes di mana pelanggaran peraturan sekolah dilakukan secara terang-terangan dan ada saksi sahaja akan terus diambil tindakan oleh Lembaga disiplin. 8.Untuk semua tindakan yang dikenakan, sila rujuk Pekeliling Yang berikut:
8.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 10/2001 – Semua Guru Adalah Guru Disiplin
8.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/2003 – Kuasa Guru Merotan Murid

INFO ONLINE
 
 
 
 
Dikemaskini pada
© SMK AGAMA SIBU 2007
Dalam talian sejak 30 hb April 2004  
 
_______________________________________________________________________
Penafian
SMK Agama Sibu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.
Himpunan Laman & Portal Sekolah-Sekolah Malaysia